Monday, November 30, 2015

Perfume alkohol halal kew???

Perfume Halal ke? Baju ad perfume alkohol Solat SAH ke????
Soalan yang famous orang akan tanya ... x kira tanya kat diri sendiri ke... family atau ustaz / ustazah... Sebenar jawapan yer ... SAH & DIBENARKAN ....  KENAPA? FAKTA? DALIL?
Saya x pakar pun dalam bab agama  tapi sebagai seorang muslimah.. perlu tahu dan ambil tahu dan buat kajian / reseach sendiri...


1 Portal Rasmi Fatwa Malaysia | Selasa, 1 Dec 2015 | 19 Safar 1437 H
Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
(Sources/ original dari : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan)


2 ARAK itu HARAM dan NAJIS!!...Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (’rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90).

ALKOHOL pada arak dipanggil “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan.Ia etanol yang dicampurkan di dalam arak yang memabukkan dan membahayakan / merosakan tubuh badan serta membunuh.

Proses membuat ALKOHOL ada 2 : Dari dalam MAKMAL / LAB dan dalam INDUSTRI.
Sabda Nabi S.A.W. “Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram”
(HR MUSLIM).


ALKOHOL pada PERFUME / Minyak Wangi adalah ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak. 
Absolute ethanol tidak boleh di campur dalam makanan atau minuman..
(Sources/ original dari:
http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/279-hukum-perfume-beralkohol-a-senarai-pelaburan-islam-alternatif.html ) Ust Zaharuddin |6 Feb 2007 | 18 Muharram 1428 H

Pencipta pertama minyak wangi adalah di Mesir. Digunakan dalam upacara kelahiran anak sehinggalah ke upacara kematian dan upacara-upacara yang beristiadat. Proses membuat minyak wangi mengunakan dupa & kayu manis (bahan yang mudah di dapati waktu itu). Kini proses menghasilkan PERFUME lebih canggih dengan proses penyulingan (wap air) dan gabungan perlbagai jenis PATI / ESTRAK dan kuantiti ALKOHOL yang berbeza menghasilkan aroma tersendiri.

Jenis2 PERFUME:

Eau de Perfume (EDP )
Jenis ini boleh bertahan lebih lama sehingga 4- 8 jam.
Kadar ALKOHOL sangatlah sedikit dan campuran pewanginya adalah di dalam 15 ke 22%.Aromanya cukup kuat dan tahan lama. Sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi.

Eau de Cologne (EDC )
Merupakan jenis wangian yang paling ringan.
Kandungan ALKOHOL yang terdapat didalam wangian ini adalah yang tertinggi  dan 5 % campuran pewangi.Wangian jenis ini cepat hilang, lebih sesuai digunakan selepas mandi.


Eau de Toilette (EDT )
Wangian jenis ini lebih tinggi tahapnya dari EDC.
Kandungan ALKOHOL tinggi tidak melebihi EDC. Terdapat dalam 12% campuran pewangi. Memberi kesegaran yang lebih lama daripada EDC . Juga aromanya lebih ringan dan kurang menusuk serta tahan lebih lama sekitar 3 hingga 4 jam.
(Sources/ original dari: https://prezi.com/ttexzg5dmaxr/penggunaan-alkohol-dalam-pembuatan-minyak-wangi/ )

Ok ..sebenarnya Nak pakai perfume yang jenis apa pun terpulang pada individu tersebut sendiri... Ikut minat masing2... terpulang kepada keputusan masing2.. nak pakai yang bau tahan 2-jam atau yang 5-8 jam. Sebenarnya mana ada perfume yang tiada alkohol... memang cara dan proses buat perfume mengunakan alkohol... Perfume ialah campuran AIR , ALKOHOL dan PATI/ ESTARAK bunga2 dan tumbuhan semulajadi macam entri saya yang lepas... so kalau nak perfume/ minyak wangi yang x de alkohol mmg x wujud lah... nak minyak kelapa dara boleh ar... . so PENDEK KATA... Terpulang pada individu tersebut lah...













1 comment:

  1. El Paso - Casino & Hotel - Mapyro
    El 김해 출장샵 Paso is one of the largest casinos in the United States, but 포천 출장마사지 it's also one of the most 경주 출장샵 popular 창원 출장샵 places to 부천 출장마사지 stay. The gaming floor is expansive, and  Rating: 4.3 · ‎6,393 reviews

    ReplyDelete