Monday, November 30, 2015

Perfume alkohol halal kew???

Perfume Halal ke? Baju ad perfume alkohol Solat SAH ke????
Soalan yang famous orang akan tanya ... x kira tanya kat diri sendiri ke... family atau ustaz / ustazah... Sebenar jawapan yer ... SAH & DIBENARKAN ....  KENAPA? FAKTA? DALIL?
Saya x pakar pun dalam bab agama  tapi sebagai seorang muslimah.. perlu tahu dan ambil tahu dan buat kajian / reseach sendiri...


1 Portal Rasmi Fatwa Malaysia | Selasa, 1 Dec 2015 | 19 Safar 1437 H
Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan arak.
(Sources/ original dari : http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/alkohol-dalam-makanan-minuman-pewangi-dan-ubat-ubatan)


2 ARAK itu HARAM dan NAJIS!!...Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dari proses pembuatan arak, hukumnya haram dan najis.

Ia diambil dari ayat al-Quran yang menyebut :

“Arak, tenung dan tilik nasib, lemparan kayu nasib adalah kekotoran (’rijs’) dari hasil kerja Syaitan ” (Al-Maidah; 90).

ALKOHOL pada arak dipanggil “Denatured alcohol” yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan.Ia etanol yang dicampurkan di dalam arak yang memabukkan dan membahayakan / merosakan tubuh badan serta membunuh.

Proses membuat ALKOHOL ada 2 : Dari dalam MAKMAL / LAB dan dalam INDUSTRI.
Sabda Nabi S.A.W. “Setiap yang memabukkan itu arak dan setiap yang memabukkan itu haram”
(HR MUSLIM).


ALKOHOL pada PERFUME / Minyak Wangi adalah ‘Absolute ethanol’ iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak. 
Absolute ethanol tidak boleh di campur dalam makanan atau minuman..
(Sources/ original dari:
http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/279-hukum-perfume-beralkohol-a-senarai-pelaburan-islam-alternatif.html ) Ust Zaharuddin |6 Feb 2007 | 18 Muharram 1428 H

Pencipta pertama minyak wangi adalah di Mesir. Digunakan dalam upacara kelahiran anak sehinggalah ke upacara kematian dan upacara-upacara yang beristiadat. Proses membuat minyak wangi mengunakan dupa & kayu manis (bahan yang mudah di dapati waktu itu). Kini proses menghasilkan PERFUME lebih canggih dengan proses penyulingan (wap air) dan gabungan perlbagai jenis PATI / ESTRAK dan kuantiti ALKOHOL yang berbeza menghasilkan aroma tersendiri.

Jenis2 PERFUME:

Eau de Perfume (EDP )
Jenis ini boleh bertahan lebih lama sehingga 4- 8 jam.
Kadar ALKOHOL sangatlah sedikit dan campuran pewanginya adalah di dalam 15 ke 22%.Aromanya cukup kuat dan tahan lama. Sesuai dipakai ke majlis-majlis rasmi.

Eau de Cologne (EDC )
Merupakan jenis wangian yang paling ringan.
Kandungan ALKOHOL yang terdapat didalam wangian ini adalah yang tertinggi  dan 5 % campuran pewangi.Wangian jenis ini cepat hilang, lebih sesuai digunakan selepas mandi.


Eau de Toilette (EDT )
Wangian jenis ini lebih tinggi tahapnya dari EDC.
Kandungan ALKOHOL tinggi tidak melebihi EDC. Terdapat dalam 12% campuran pewangi. Memberi kesegaran yang lebih lama daripada EDC . Juga aromanya lebih ringan dan kurang menusuk serta tahan lebih lama sekitar 3 hingga 4 jam.
(Sources/ original dari: https://prezi.com/ttexzg5dmaxr/penggunaan-alkohol-dalam-pembuatan-minyak-wangi/ )

Ok ..sebenarnya Nak pakai perfume yang jenis apa pun terpulang pada individu tersebut sendiri... Ikut minat masing2... terpulang kepada keputusan masing2.. nak pakai yang bau tahan 2-jam atau yang 5-8 jam. Sebenarnya mana ada perfume yang tiada alkohol... memang cara dan proses buat perfume mengunakan alkohol... Perfume ialah campuran AIR , ALKOHOL dan PATI/ ESTARAK bunga2 dan tumbuhan semulajadi macam entri saya yang lepas... so kalau nak perfume/ minyak wangi yang x de alkohol mmg x wujud lah... nak minyak kelapa dara boleh ar... . so PENDEK KATA... Terpulang pada individu tersebut lah...













Saturday, November 14, 2015

PERFUME~~~ seharusnya semua orang tahu apa itu perfume..... senang kata perfume digunakan untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada badan dan persekitaran kita... Kita gunakan untuk menaikan level confident   dan rasa selesa bila berhubungan dalam komuniti KANNN...

Deria bau dianggap sebagai aktiviti otak kanan, yang memerintah emosi, ingatan, dan kreativiti.
Kadangkala Perfume dapat membantu hormon dan menyembuhkan fizikal serta emosi manusia.

Teori di sebalik aromaterapi menyatakan bahawa menggunakan PERFUME membantu meningkatkan sistem imun apabila dihidu atau disapu.

Aroma  SWEET / MANIS  juga memberi kesan kepada perasaan seseorang dan boleh digunakan sebagai satu bentuk psikoterapi.


PERFUME ( minyak wangi)  adalah sejenis cecair yang terhasil daripada gabungan/campuran ALKOHOL, AIR & ekstrak/pati  tumbuh-tumbuhan,bunga atau buah-buahan semulajadi hasil dari proses menekan dan mengukus.


Minyak diekstrak dari bahan tumbuhan


Dalam nisbah perfume, 98% ALKOHOL, 2% AIR & pati/ ekstrak minyak wangi.

Ia adalah nisbah alkohol untuk bau yang menentukan minyak wangi, eau de toilette, dan Cologne.


PERFUME terdiri daripada beberapa klasifikasi/level/ note :

*   Floral:  bau seperti bunga
*   Fruity: berbau seperti buah-buahan, termasuk sitrus
*   Green:  rumput segar atau daun
*   Herbaceous (Herba) : seperti mana-mana pelbagai herba
*   Woody: seperti pelbagai jenis kayu
*   Amber: seperti bau pokok/organik
*   Animalic: bau badan
*   Musk: bahan seperti yang dibuat oleh rusa kasturi
*   Oriental: ambar dan rempah


Di atas merupakan beberapa klasifikasi jenis- jenis PERFUME.. yang ada di pasaran... Setiap PERFUME mempunyai bau/ haruman /aroma yang pelbagai...JUGA setiap jenama / jenis perfume mempunyai berbagai-bagai jenis peminat masing-masing...Pengunaan juga terpulang pada individu tersebut...